Friday 24 February 2012

perkenalkan Ain Hawani


Nadiyya Nissa iaitu pemegang watak 'Ain Hawani' jelas sekali sangat ayu dengan rambut panjangnya...sebelahnya yang bertudung penulis novel Adam & Hawa Aisya Sofea..

Thursday 23 February 2012

Nadiyya Nissa sebagai Ain Hawani




Siapakah Nadiya Nisaa... ramai yg masih belum mengenali pelakon yg akn melakonkan watak Ain Hawani dlm drama Adam & Hawa.

Berlakon dalam salah sebuah filem yang dicalonkan antara Filem Terbaik dalam Anugerah Skrin 2011,’Cun’ bergandingan dengan nama-nama besar seperti Remy Ishak, Maya Karin, Ning Baizura dan Faezah Elai bukanlah sesuatu yang mudah, kerana kelibatnya boleh jadi tenggelam dek kehadiran pelakon tersohor. Dicalonkan dalam satu kategori sama iaitu kategori ‘Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem’ sebaris dengan Ning Baizura dan Faezah Elai menerusi filem yang sama juga turut membuka saingan sengit pastinya bukan juga sesuatu yang mudah.



Namun tuah akhirnya berpihak pada aktres Nadiya Nisaa apabila wataknya sebagai ‘Manis’ dalam filem ‘Cun’ arahan Osman Ali nyata berjaya mencuri hati pihak juri apabila dinobatkan sebagai ‘Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem’ di Anugerah Skrin 2011

Wednesday 22 February 2012

Pilot Adam



Pilot Adam Mukhriz..

SINOPSIS ADAM DAN HAWA


AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. 

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.

Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Adam Mukhriz & Ain Hawani



Inilah Hero dan Heroin untuk Drama Adam & Hawa iaitu Aaron Aziz dan Nadiya Nissa.....Tapi ada yang tak setuju.Apa boleh buat.....pengarah dah pun ambil mereka untuk drama ni.sama2 kita support..Katanya akan ditayang dekat Astro Prima..Tapi masih belum confirmkan lagi..tarikh pun masih belum ada.Sama2 kita tunggu :)

Baru buat blog ni.Akan post setiap episod drama Adam & Hawa utk peminat2 Novel Adam & Dawa.