Thursday 23 February 2012

Nadiyya Nissa sebagai Ain Hawani




Siapakah Nadiya Nisaa... ramai yg masih belum mengenali pelakon yg akn melakonkan watak Ain Hawani dlm drama Adam & Hawa.

Berlakon dalam salah sebuah filem yang dicalonkan antara Filem Terbaik dalam Anugerah Skrin 2011,’Cun’ bergandingan dengan nama-nama besar seperti Remy Ishak, Maya Karin, Ning Baizura dan Faezah Elai bukanlah sesuatu yang mudah, kerana kelibatnya boleh jadi tenggelam dek kehadiran pelakon tersohor. Dicalonkan dalam satu kategori sama iaitu kategori ‘Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem’ sebaris dengan Ning Baizura dan Faezah Elai menerusi filem yang sama juga turut membuka saingan sengit pastinya bukan juga sesuatu yang mudah.



Namun tuah akhirnya berpihak pada aktres Nadiya Nisaa apabila wataknya sebagai ‘Manis’ dalam filem ‘Cun’ arahan Osman Ali nyata berjaya mencuri hati pihak juri apabila dinobatkan sebagai ‘Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem’ di Anugerah Skrin 2011

No comments:

Post a Comment